Wednesday, February 22, 2012

ETHNOBOTANICAL SURVEY



Traditionally plants have been used by various ethnic as remedies for health problems.
Certain plants species were reported to be used widely for specific medical problems.
In places like South Africa for example, families of Asphodelaceae, Apiaceae, Asteraceae and Amaryllidaceae were reported as most commonly used for the treatment of constipation.
Based on this knowledge, researchers were able to select potential plants for their studies and hopeful to develop some of them as new drug for treating constipation.
This approach is known as ethnobotanical approach.

Saturday, December 17, 2011

Allah tidak menzalimi hamba-hambaNya

Hampir setahun dah tidak menulis di blog. Hari ni merupakan di antara hari-hari yang agak mencabar untuk saya memperbaiki diri dan menjadi ibu yang sabar dan produktif. Bila saya bandingkan diantara kesukaran di pejabat berbanding dirumah, saya akur bahawa menguruskan keluarga lebih mencabar berbanding mengurus kerja dan kakitangan di tempat kerja. Mungkin kerana ikatan jiwa yang tinggi antara ahli keluarga menyebabkan sedikit tindak-tanduk negatif anak-anak kesannya besar bagi jiwa ibu dan ayah. Benarlah apa yang Allah ingatkan kepada kita tentang ujian yang pasti bagi sesiapa sahaja yang mengaku dia beriman. Ujian yang Allah berikan akan menjadi tanda ukur sejauh mana keikhlasan dan keyakinan hambanya tentang kebesaran Allah. Allahu Akbar.
Anak-anak merupakan ujian yang Allah berikan kepada hamba-hambaNya. Mereka adalah amanah yang Allah titipkan buat kita buat sementara waktu. Kelak kita akan berdiri di hadapan Allah dan dipertanggungjawabkan tentang bagaimana amanah ini kita jaga.
Saya belajar satu hakikat yang sangat penting hari ini. Manusia hanya diperintah untuk berusaha sedaya upaya. Hasilnya, Allah jua yang berhak menentukan. Saya juga yakin bahawa Allah pastinya tidak akan menzalimi hamba-hambaNya walau sedikit pun.

Thursday, July 22, 2010

It has already be a week since I got acute conjunctivitis. It started with readness and itchiness of right eye. I was put on chloramphenicol eye drop for every 2 hour and eye ointment to be applied on night. As I complained my eyes was very itchy, the doctor also prescribed antihistamine (piriton) to reduce itchiness. I thought after 3 or 4 days it will subside. On the 4th day it get worst. My right eye become more teary and swollen. I wonder why after being very compliant in applying the eye drop the infection become worst.Hmm... I got another 2 more days for sick leave.

Wednesday, March 10, 2010


Saya ingin kongsikan sedikit dari pengalaman semasa mengerjakan fardhu haji 2009. Gambar disebelah merupakan bahagian depan Masjid Nabi yang merupakan pusat tumpuan bagi yang berkesempatan berkunjung ke Madinah Al-Munawwarah.Berada disini sememangnya amat menenangkan jiwa, membangkitkan semangat ingin menjadi sebahagian dari kafilah ar-rasul dalam berdakwah. Berkunjung ke raudhah dan makam Rasululullah seolah-olah berjumpa dengan Rasulullah. Saya berdoa semoga saya,suami dan ahli keluarga dipilih oleh Allah untuk memahami Islam dan beramal seperti yang Allah kehendaki. Saya juga berdoa agar Allah membantu saudara-saudara seaqidah saya yang ikhlas walau di mana jua mereka berada.
Sesungguhnya kesatuan yang benar adalah kesatuan yang berlandaskan aqidah. kesatuan yang diasaskan dengan selain darinya akan terungkai satu persatu dan lenyap jua akhirnya. Saya HANYA percaya dengan SATU MALAYSIA SATU AQIDAH.

Saturday, March 6, 2010

Sindrom AHAAD...AHAAD

Hujung minggu biasanya akan menjadi alasan untuk lari dari rutin harian.Kalau hari-hari biasa semua ahli keluarga dah mulakan aktiviti masing-masing seawal 5.30 pagi, maka hujung minggu waktu ini dilewatkan sejam.Anak-anak pun bila nak dikejutkan begitu liat nak bangun sambil mengeliat AHAAD...AHAAD...Apataknye kalau mak dan ayah pun dah dijangkiti sindrom AHAAD...
Dipendekkan cerita, apa yang saya ingin sampaikan adalah berbezanya generasi kini dan generasi awal Islam. Kalau Bilal bin Rabah dikenali dengan AHAAD... AHAAD kerana mempertahankan keimanan beliau. Kenapa agaknya generasi kini lebih senang melepak-lepak dan bersantai-santai.
ehmm.. anak dah mula merengek-rengek.. akan sambung lepas ni.

Sunday, January 18, 2009

Penulisan saya hari ini adalah sebagai tanda sokongan tidak berbelah bahagi kepada sebarang usaha untuk menegakkan keadilan.

Setelah membuat bacaan dan sedikit penyelidikan, saya dapati adalah sangat menghairankan tentang obsesi masyarakat sebilangan masyarakat Eropah dan Amerika yang begitu menyokong tindak-tanduk pengganas Yahudi Zionis tanpa sebarang alasan yang boleh diterima akal manusia yang sihat.
Kenapa?

Saya berikan satu contoh yang sangat mudah. Andaikan sedang kita membawa kereta atau motorsikal tiba-tiba seekor anak kucing berlari melintas jalan dan mati akibat kereta kita yang melanggarnya. Adakah kita akan terus menyalahkan anak kucing itu atau kita pun berlalu tanpa merasa belas kasihan terhadapnya ataupun perasaan bersalah?

Apatah lagi tentang kisah pembunuhan terancang yang berlaku di Palestin hampir setiap saat.
Sesuatu yang menghairankan juga apabila pemimpin-pemimpin negara Islam yang berdekatan membisu seribu bahasa dan berlagak seperti orang yang tuli?

Apa yang lebih menghairankan lagi ada segelintir pemimpin di tanah yang saya cintai ini mengatakan pernyataan solidariti rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian dengan memboikot produk dari syarikat-syarikat milik penyokong rejim Israel atau memberi sumbangan kepada Negara Haram Israel tiada manfaat dan hanya akan merugikan Malaysia sendiri. Malah katanya "bagaimana kalau Amerika melakukan perkara yang sama kepada Malaysia?"

Mutakhir ini terlalu banyak perkara yang menghairankan.

Sunday, July 20, 2008

Kongsi-kongsi

Hari ini saya merasa agak bosan untuk melakukan kerja-kerja rutin di pejabat.Saya percaya dalam hal ini saya tidaklah keseorangan. Mungkin ada di antara kita ada kalanya akan melalui keadaan yang sama. Lantas saya cuba mencari-cari cara untuk menyuntik semangat untuk memulakan kerja harian.
saya mulakan carian laman sesawang yang dapat memberi input "how to motivate yourself". Antara bahan berguna yang saya ingin kongsikan

  • mulakan hari anda dengan niat yang betul

  • Jika anda runsing oleh kerana banyaknya kerja yang perlu disiapkan, senaraikan 10 kerja utama.Saya dapati cara ini dapat membantu mengurangkan "apprehension" terhadap sesuatu kerja

  • Bagi sesiapa yang ada pengalaman berinteraksi dengan kanak-kanak, upah merupakan cara yang agak berkesan untuk dapatkan kerjasama mereka.Sebagai contoh, bila mereka berjaya sempurnakan sesuatu tugasan beri hadiah untuk gembirakan mereka.Bagi kita orang dewasa, kadang-kadang kita lakukan sesuatu kerana sememangnya tugasan itu adalah tanggungjawab kita.Ingat bahawa orang dewasa juga masih suka kepada upah atau hadiah ini. Olah itu,jangan lupa untuk beri hadiah kepada diri sendiri kerana berjaya siapkan sesuau tugasan.

Selamat Mencuba